ENTRI 18
Teks: Rahiza Haszian Abdul Rahim
Gambar: Koleksi Peribadi
Resepi ini sangat sempoi. Amat mudah dimasak. Sedap pulak tu. Saya perolehi daripada buku masakan 400 Resepi Terbaik Chef Wan. Silalah cuba ya.
Bahan-bahan:
- minyak masak
- 1kg ayam (dipotong kecil)
- 1 santan kotak
- sedikit air asam jawa
- sedikit daun kesum
- 1 biji terung panjang (dpotong serong)
- garam dan gula secukup rasa
Bahan pes:
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 batang serai diketuk dan dihiris
- 1 inci kunyit hidup
- 4 helai daun limau purut (buang batang di tengah daun)
- 5 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar ketumbar
Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan pes dan kisar sehingga halus.
2. Panaskan minyak dengan api kecil. Masukkan pes dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau rata selamat lebih kurang 10 minit. Tambahkan air sedikit untuk elak ayam itu melekat.
4. Masukkan santan dan air asam jawa. Tambahkan air hingga menutupi ayam. Kacau rata dan renehkan selama 30 minit.
5. Masukkan daun kesum dan terung. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan renehkan lagi sehingga terung lembut.
6. Siap dimasak dan hidangkan bersama nasi panas.
Showing posts with label resepi ayam. Show all posts

Sunday, February 8, 2015
Sunday, February 1, 2015
Resepi Ayam Masak Kicap Gaya Ummi
Entri 12
Teks: Rahiza Haszian Abdul Rahim
Gambar: Koleksi peribadi
Assalamualaikum,
Anak bongsu saya, Hannah sangat gemar makan lauk ini. Sekiranya saya masak lauk ini, dia memang sudah tidak akan pandang makanan lain. Cara memasaknya agak mudah dan mengambil masa tidak sampai 20 minit. Cubalah ya.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
Kunyit serbuk
Garam
Minyak masak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
* bawang merah, bawang putih dan halia dimayang
Rempah penumis (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)
2 batang serai (dipotong dan diketuk)
Kicap masin
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kari
Lobak merah (dipotong bulat)
Batang saderi (dipotong serong)
Air
3 biji lada merah (dibelah 2 memanjang)
Cara-caranya:
1. Gaul rata serbuk kunyit dan garam pada ayam.
2. Panaskan sedikit sahaja minyak masak. Masukkan ayam dan gaul rata. Tutupkan kuali dan kecilkan api. Sesekali buka penutup dan gaul rata lagi.
3. Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan bahan yang telah dimayang, rempah penumis dan serai. Besarkan sedikit api dan gaul rata sehingga naik bau.
4. Masukkan kicap masin, sos cili, sos tomato, serbuk kari (kuantiti mengikut sesedap rasa). Gaul rata dan kemudian masukkan sedikit air.
5. Biarkan seketika hingga sedikit mendidih.
6. Masukkan lobak merah dan batang saderi. Gaul dan biarkan sehingga empuk. Tambah sedikit air sekiranya kuah menjadi terlalu pekat.
7. Masukkan lada merah. Gaul sebentar selama 1 minit sahaja. Siap dan hidangkan bersama nasi panas.
Yummy!

Wednesday, January 28, 2015
Resepi Minang Ayam Masak Kalio
Entri 6
Teks: Rahiza Haszian Abdul Rahim
Gambar: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum,
Hari ini saya nak kongsi satu lagi resepi mudah warisan daripada aruah nenek saya sebelah ibu. Ringkasnya, ini ialah resepi Minang. Sangat sedap dimakan dengan nasi panas, boleh juga dimakan bersama roti putih. Kalau dibiarkan semalaman dan disimpan di peti sejuk, esoknya hangatkan semula dengan api kecil. Perkhhh. Memang terangkat! :)
Bahan-bahannya adalah:
Bahan A
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 cm halia
2 batang serai
Bahan B
10 cm lengkuas (diketuk)
1 batang serai (diketuk dan dipotong 2)
daun kunyit atau daun limau purut (dicarik-carik)
Bahan C
10 batang lada kering (dipotong, dibuang biji dan direbus hingga lembut)
5 batang lada merah
1 ekor ayam (dipotong kecil mengikut selera keluarga)
Santan daripada 1 biji kelapa
Minyak masak
Garam
Cara memasak:
1. Mayang bahan A kecil-kecil dan kisar sehingga hancur kasar-kasar.
2. Kisar bahan C sehingga halus
3. Panaskan sedikit minyak masak. Gunakan api sederhana besar.
4. Bila minyak panas, tumiskan bahan A sehingga naik bau.
5. Masukkan bahan B dan kacau sebentar.
6. Masukkan bahan C. Kacau sebentar dan tunggu sehingga pecah minyak.
7. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Gaul rata dan biarkan sebentar.
8. Apabila ayam dan rempah telah mesra, masukkan santan. Kacau sekali-sekala sehingga ayam empuk.
9. Sekiranya suka 'gravy' yang pekat, bolehlah masak sehingga kuah agak pekat. Gunakan api yang kecil.
10. Perisakan dengan garam. Gaul rata, dan matikan api. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.
Yummyyyyy
Selamat mencuba!

Monday, January 26, 2015
Resepi Ayam Masak Blackpepper Kawkaw
Entri 4
Teks: Rahiza Haszian Abdul Rahim
Gambar: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat mudah, cepat dimasak, namun sangat menyelerakan terutamanya pada kanak-kanak, iaitu Ayam Masak Blackpepper.
Bahan-bahannya mudah sahaja iaitu:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
(ketiga-tiga ini dimayang halus)
sedikit air masak
sos lada hitam
serbuk lada hitam
sebiji tomato
500gm ayam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Cara-caranya:
1. Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam separuh masak. Ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak yang digoreng dan tumiskan bawang merah, putih dan halia sehingga wangi.
3. Masukkan sedikit sos lada hitam dan air masak. Biarkan sebentar hingga sedikit mendidih.
4. Masukkan air tepung jagung. Kuah akan berubah menjadi sedikit pekat.
5. Masukkan ayam yang telah separuh masak. Kacau seketika dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
6. Masukkan tomato dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau seminit sahaja kerana mahukan tekstur tomato yang rangup.
7. Matikan api. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Subscribe to:
Posts (Atom)